Program Hari Raya Bersama Pusat Anak Genius Negara Tambun Tulang

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2019 telah berlangsung Jamuan Hari Raya Pusat Internet Tambung Tulang 2019 bersama Pusat Anak GENIUS negara Tambun Tulang. Jamuan ini berlangsung di Pusat Internet Tambun Tulang bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari. Selain daripada sambutan raya,Program ini diadakan bagi menyampaikan taklimat berkaitan KDB dab undang-undang dalam penggunaan teknologi maklumat pada era kini. Kebaikan dari aktiviti yang dijalankan dari program ini ialah dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan dapat mendedahkan tentang bahaya penggunaan teknologi tanpa kawalan kepada generasi akan datang.selain itu, program ini dapat memberi kesedaran kepada peserta dalam pendedahan maklumat diri kepada sosial.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pi dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu usahawan mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali